السلام عليكم
Unggas ialah sejenis burung. Namun 'Unggas' yang saya maksudkan kali ini ialah subjek wajib ambil di UIAM. Sebenarnya eja dia UNGS, which stands for University General Studies. UNGS ni ada 3 part. UNGS 2030: The Islamic Worldview, UNGS 2040: Islamic Knowledge and Civilization and UNGS 2050: Ethics and Fiqh for Daily Life.
Alhamdulillah, setelah kecut perut juga nak tunggu result finals hari tu, CGPA aku lepas untuk proceed Medic in IIUM :) Alhamdulillah jugak, aku terpilih untuk menyambungkan pengajian di UIAM untuk Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS). Dengan itu, sedang rakan yang lain cuti, kami pelajar Medic, Dentistry dan Nursing kena ambil subjek ni before masuk degree. This is because for degree, we'll be having a 'block' system which means that the timetable will be pack and UNGS can't be squeezed. Kena la belajar ketiga-tiga UNGS ni during short semester in Gombak campus.
Kat Gombak ni aku dapat satu bilik dengan Syidah, kawan Karate aku. Kononnya, bila satu bilik dengan Syidah senang la nak pergi training ;D Satu bilik ada 4 compartment untuk 4 orang. Sorang satu compartment. Best la bilik dia. Luas. Tak macam kat CFS dulu. Meja study kat bawah, katil kat atas. Kena panjat tangga kalau nak tidur. Sangat kondusif sebab meja study besar suruh study, katil kat atas biar tak 'rajin' tidur huhuhu.
Best taw duduk kat Gombak ni. Tempatnya nyaman. Banyak pokok, tepi gunung. Banjaran Titiwangsa juga rasanya. Air Gombak sangat best. Sejuk gilaaaa! Very refreshing. Kalau nak berwuduk tu sangat best. Syukur Alhamdulillah :)
Kami students UNGS ni semua duduk kat Mahallah Safiyyah. Kelas pun dekat. Turun bukit sikit from Mahallah, lintas jalan, jalan sikit dah sampai kelas. Lagi dekat compare dgn daripada Mahallah Zainab to Mahallah Khadijah kat CFS dulu.
Kelas aku semua budak Medic. Ada 3-4 orang budak Nursing. Satu kelas about 40 orang. Dua kali ganda juga la kalau nak dibandingkan dengan amount students kat CFS dulu. Yang agak culture shock nya ialah satu sesi kelas tu 3 JAM straightttt! Sebelum ni kalau kelas 2 jam pun mengeluh, ni kelas 3 JAM wehhh. Takda break. Ikut budi bicara lecturer jugak la nak bagi break kejap ke tak.
Penat weh kelas 3 jam. First time, so tak biasa lagi. Kat CFS kan kelas leisure je. My first week here was quite stressful for me. Bayangkan kelas 2 kali sehari, satu kelas 3 jam, Sakit pinggang duduk lama-lama. Habis kelas petang pukul 5 PM, sampai bilik solat Asar semua, rehat kejap then dah nak kena prepare pergi training Karate pukul 6.30 PM. Awal sebab kami nak kena bergerak ke CFS PJ untuk training di sana. Best la sebab pergi ramai-ramai dengan Senior Karate semua. After training pulak selalu akan singgah burger stalls or Kafe Bilal untuk supper ;) Habis semua tu, tidur pukul 2AM.
First week memang terasa la kepenatan dia. Juggling banyak benda pun masa tu. Dengan nak prepare untuk "Seniors Are Back" semua. Oh, "Seniors Are Back" is our batch program with this year's Form 5 of our alma mater :) That week kebetulan kelas hari Khamis petang aku cancel. Aku pergi keluar lunch dengan Kelly kat Festival City. After that bantai BaskinRobbin's sampai dua scoops.Then we went back for Asar in UIA, visited Kelly's room at her Mahallah. Then waited for Tikah to come to Gombak. Yupp, Tikah came to Gombak and stayed with me. Thanks again for coming dear :* Anddd, later that night for dinner we had Burger Bakar yawww! Sodap giloss! Kelly and Tikah tak habis makan. However aku habis makan the whole special burger. Nampak tak tahap ke-stress-an aku =.='
Aku pun tak taw kenapa aku stress sangat that week. Maybe I was tired and didn't had the ample time to rest. Sedangkan suatu hari nanti kalau aku jadi seorang doktor, banyak sangat ke rehat tu kan? Paling dekat pun nanti bila study kat Kuantan nanti, kosong sangat ke jadual tu? Sah-sah busy nanti. Dating dengan buku je selalu pun. I guess ada hikmah la kot kelas UNGS ni. Apart that I've learnt lots of Islamic knowledge, how to look at the world at a different perspective, maybe aku takda la 'time shock' sangat bila masuk Kuantan nanti. Please manage your time wisely Hanieeeeee. Prioritize.
Kami budak UNGS ni pun untung sebab dapat merasa berpuasa kat Gombak. Kami dapat menyambut Ramadhan di semua campus i.e. Petaling Jaya (Past), Gombak (Now) and Kuantan (Soon). Tarawikh kat Masjid UIA pun sangat best. Dapat pengalaman solat yang diimamkan imam Arab. Dapat la feel macam kat Madinah or Mekah :) Jemaah kat sana pun very diverse. Bukan orang Melayu je. Ada Arabs, Africans, Indonesian, Thais and many more. Precious experience :)
Just some updates.
I just typed down
all the things that crossed my minds.
Berjurai
macam air kat Niagara Falls, ohh gitu.
Ramadhan Kareem everyone!
Beribadahlah sebanyak mungkin
kerana sesungguhnya ibadah dibulan Ramadhan
ini banya ganjarannya.
Semoga kita menjadi graduan
Madrasah Ramadhan yang berjaya, InsyaAllah.
Wassalam :)