WELL, WELL, WELL. Seperti yg anda semua sedia maklum, most of us are not in schools anymore. No school, no rules right? So, no more nama kena ambil after assembly sebab kuku panjang. JENG, JENG, JENG. Tapi tahukah anda kalau simpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir? Fuyooo, banyak th. Itu baru satu, kalau semua jari kuku panjang? You do the maths. Bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua khinzir tersebut. So, potonglah kuku anda ;)
Furthermore, JANGAN la ada niat nak simpan kuku panjang (walaupun 1 mm atau pun kat jari kelingking je). Bagi orang Islam adalah tak sesuai berkuku panjang atas apa jua alasan sekalipun kerana ini tidak membayangkan kesucian. Malah, kita pun gunakan tangan untuk beristinjak kan? Tapi kalau kuku panjang for sure nanti ada E-Coli; sejenis kuman yang terdapat dalam najis manusia. Kuman itu tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri!
Impak negatif apabila berkuku panjang (orang cakap la, tapi ADA kemungkinan betul):
>Mempunyai anak yang bodoh ataupun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cekodok pisang, uli tepung, etc. Apa ilmu pun yang diajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
>Orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bankrupt dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.
Untuk yang BUJANG beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. InsyaAllah. So people; cut your nails SHORT!!! I’m reminding you, to remind myself too :]
One more thing! Ada one time nh Nabi Muhammad S.A.W menasihati Saidina Ali r.a selepas bernikah dengan Siti Fatimah (anakanda kesayangan baginda). Baginda berpesan kepada Saidina Ali:
Kalau memakai cincin, PAKAILAH di jari
1. Jari manis
2. Jari kelingking (anak jari)
dan JANGANLAH memakai pada jari
1. Jari tengah
2. Jari telunjuk
JAP! Kenapa tak boleh eh?
Nabi Muhammad S.A.W melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian : Cara memakai cincin ini termasuk lelaki mahupun perempuan.
In a nutshell, saudara dan saudari sekalian, SILA NASIHATKAN sahabat handai dan juga saudara-mara ataupun anak-beranak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam. Kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah SWT. Na’uzubillah. Nabi Muhammad S.A.W juga memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah baginda senang je kita dapat kita pahala. Renung-renungkan dan selamat beramal!
And, take a GREAT care of yourself keyh? :D
i like this one :D
ReplyDelete