Featured Post

4D3N Chiang Mai trip :)

السلام عليكم Below is the itinerary for our 4D3N Muslim family trip to Chiang Mai last May 2016. We had a private local driver/tour gu...

20 March 2012

Bila result SPM keluar?

السلام عليكم

Tarikh result SPM sememangnya berubah-berubah. Tapi selalunya bulan Mac la.  Tahun 2011, 23 Mac. Tahun 2012, 21 Mac.



Bila result SPM keluar, kita kena buat refleksi diri. Think back of what we had done. 

Cukupkah usaha aku? 
Ada tak aku buat salah dengan orang? 
Had I asked for their forgiveness? 
Ada tak kita buat dosa dengan Allah? 
Ada tak dosa yang MUNGKIN menjadi penghalang kejayaan kita? 
Adakah kita telah menjalankan amanah yang telah diberikan oleh Allah (secara langsung atau tidak langsung) dengan sempurna?

Tips aku kepada adik-adik yang bakal ambil keputusan SPM esok atau tahun depan atau pun tahun-tahun akan datang ialah untuk bertawakkal kepada-Nya. We as a Muslim have to be grateful that we have Allah that we can rely on. Sesungguhnya "Allah tidak akan membebani seseorang itu kecuali dengan kesanggupannya" Al-Baqarah, 286.


Bila result SPM keluar, kita dapat result hebat! Mantap! Excellent! Straight A+! Gambar keluar dalam surat khabar pegang slip SPM! Got interviewed for local newspaper!

Pertama sekali ialah bersyukur. Sentiasa ingat bahawa ini ialah anugerah daripada Allah. Just a small gift from Allah. Mungkin akan terlintas di fikiran, 
"Ini semua sebab aku belajar sampai lewat malam/burning midnight oil" 
atau 
"Yalah, aku kan dah baca Yaasin everynight. Mesti la dapat straight As" 
atau
"Aku tak pernah tinggal solat hajat malam-malam, dengan solat tahjud sekali taw!"
 atau 
"Mak Bapak aku dah bayarkan yuran tuisyen mahal-mahal, (walau pun kadang-kadang aku ponteng) mesti la boleh dapat A terkangkang!" 
atau 
"Cikgu dah banyak bagi latihan tambahan, aku pun dah banyak buat latihan dalam buku Contoh soalan peperiksaan/Past years questions" 
atau 
"Soalan spot/bocor tu betol laa!" 
atau 
"Program mentor-menti banyak membantu"



Ya, apa yang di atas MUNGKIN jawapan yang tepat kenapa kita telah berjaya. Namun, pernahkah anda terfikir 
SIAPAKAH yang memberikan kita kekuatan dan kesihatan untuk menjawab soalan tambahan tersebut? 
SIAPAKAH yang memberikan rezeki kepada ibu bapa kita untuk bayar pusat tuisyen? 
SIAPAKAH yang mengurniakan keikhlasan kepada kita untuk menunaikan solat hajat/solat tahjud itu? 
SIAPAKAN yang telah membenarkan kita untuk menjawab kertas soalan itu? 
SIAPAKAH yang telah memutuskan untuk menghadiahkam kita satu hari lagi untuk ambil result SPM di sekolah (atau call je)?
SIAPAKAH yang telah menganugerahkan result yang gempak itu?

Jawapan bocor: ALLAH


Bila result SPM keluar, kita dapat result teruk. Kita mungkin akan kata,

"Ya Allah, habes la aku kena hentam teruk dengan mak aku lepas ni" 
atau 
"Menyesai aku tak belajar betul-betul, dok tido' je kat klaih, dok maen Counter Strike sampai tengah malam buta" 
atau 
"Menyesalnya aku ragging junior dulu, mesti dia doa bukan-bukan untuk aku, nak kena budak ni!" 
atau 
"Ni mesti sebab aku tiru jawapan budak sebelah aku hari tu. Jawapan dia salah!"
atau
"Aku memang tak layak dapat A. Aku dah belajar banyak mana pun tak boleh dapat A.huhuu T_T"
atau
"Biarlah. Bukannya I nak sangat dapat A tu. Apa I kisah. My parents kaya-raya, loaded sangattt! They can support my education overseas, okay?"
atau
"Aku kena sabar. Ini semua dugaan Allah. Mungkin rezeki aku di tempat lain, di lain masa. Aku harus bersyukur dengan segala nikmat-Nya" :)


Bila result SPM keluar, kita tak dapat result yang kita idam-idamkan atau dah impikan sejak Form 1 lagi. Kita mungkin nak 9 A+ tapi dapat 8 A+ dan 1 A je. JE yea.

Allah berfirman: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, 
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, 
padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
Surah Al-Baqarah ayat 216

Been there. Done that. But maybe, not over it yet.

Just to share my own experience. I didn't actually got a result that I was expected. I felt that I deserved better result. Even prove said I deserved what I wanted. But somehow Allah just won't let me have it.

At first I was patient enough and being very redha. I know He knows the best. I keep telling that to myself. Allah MAHA MENGETAHUI. Maybe due to iman yang semakin berkurangan, I gathered my guts and asked Allah blatantly. 

"Why ALLAH? WHY?" with tears came rolling down smoothly from my eyes.
"Kenapa YA ALLAH? Kenapa Kau buat begini kepadaku? Apakah hikmahnya YA ALLAH? Bantulah hamba-Mu yang lemah ini untuk terima kenyataan. Tunjukkanlah kepadaku Ya Allah! Kenapa orang lain boleh dapat? Kenapa aku tak boleh dapat macam tu? Kau tak sayangkan aku ke YA ALLAH?" with tears came gushing from my puffy eyes. "Aku rasa aku layak, aku mampu! Kenapa kau tak bagi kepadaku YA ALLAH? Kenapa kau bagi kepada orang lain yang aku rasa tidak layak langsung! Aku faham. Sesungguhnya Engkau lah Tuhanku yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, dan lagi Maha Pengampun. Kau ampunilah dosa hamba-Mu yang kadang kala alpa akan perancangan Kau yang sangat teratur itu" and I fell asleep with dry stream of tears accompanying me.

Hope the girls can do much better than us. Aminn :)

It took lots of guts to say it out loud
 and let people know your inner pain.
Yes, we can conceal it
 with smiles and laughter.
Solely for sharing. 
Segala keburukan ialah daripada saya sendiri,
yang baik itu daripada Allah Taala.
Wassalam :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...