Featured Post

4D3N Chiang Mai trip :)

السلام عليكم Below is the itinerary for our 4D3N Muslim family trip to Chiang Mai last May 2016. We had a private local driver/tour gu...

23 August 2012

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini...

السلام عليكم

Orang lain dah sibuk raya, makan lemang, ketupat, rendang, aku baru nak story-story pasal Ramadhan.

Ramadhan telah pun meninggalkan kita. Tahniah! Kita telah menjadi graduan Madrasah Ramadhan. Tapi, kita telah graduate dengan pointer berapa? Deen's list kah kita? Dapat 4 flat? GPA 3.95? Atau fail? Nauzubillah. Kalau fail, tak boleh resit taw. Setahun sekali je bulan mulia tu. Kalau nak jumpa lagi, tahun depan ada. InsyaAllah, ada umur yang panjang, dapat lagi kita bertemu dengan Ramadhan yang senantiasa ditunggu-tunggu.

Tapikan, dapatkah kita istiqamah melakukan ibadah-ibadah yang kita selalu buat masa Ramadhan, pada bulan-bulan lain. Tepuk dada, tanya iman ;)

Hati rasa agak kecewa dengan diri sendiri. Ramadhan kali ini tak seperti yang kuimpikan. 


KECEWA T.T

Mungkin sebab aku set my bars too high. Tu yang bila tak reach goals, rasa kecewaaa T.T

Apa-apa pun, life must goes on. Mungkin aku kena reflek dan koreksi diri. No one is perfect, but we need to continuously improve ourselves, to reach the perfection. 

Tapi aku rasa seronok Ramadhan lepas. Dapat selalu tarawikh kat masjid, jemaah kat bilik, Alhamdulillah :) Thank you room mates yang selalu jadi imam :D

Met Kelly at masjid :)

This year would be the last year I'll be celebrating Ramadhan in CFS, IIUM. Takdak lagi dah. Dah final year dah kat CFS ni. Next year puasa kat Kuantan pulak, InsyaAllah :) Sebab tu la beriya-iya pergi Bazaar Ramadhan PJ tu haa. Ada 3 kali aku pergi. Hanie ni, nak pergi sekali pun payah. 3 kali tu kira banyak laa.hahahha

Aku ingat pergi bazaar hari tu dengan Fizah and Tikah. Tikah jalan dengan geng Joyah dia. Aku jalan dengan Fizah. Jalan, punya jalan, aku terserempak dengan kawan-kawan aku. Ramai la juga. Jalan sikit, "Hi!". Jalan sikit, "Hanieeee!". 

Fizah: "Aku rasa satu bazaar ni kawan kau."

OK, itu macam exaggerating sangat la kan. Takda la satu bazaar kawan aku =.=' Yalah, aku memang ada ramai kawan, and turns out that kawan-kawan aku pun pergi bazaar at the same time. Tu yang terserempak tu.huhuhu

Time tu kitorang dok tawaf bazaar dua kali sebab takde idea nak makan apa. Last-last aku pilih Nasi Tomato dengan Air Limau Barli. Nom nom nom :9 Juadah buka puasa yang sering menjadi pilihan Ramadhan kali ini ialah NASI AMBENGGGG! Ada la 4-5 kali diorang makan Nasi Ambeng. Jawa Johor betul room mates aku. Johoe, Mengeteh, Robok, Gebar. Aku pon dah boleh la jadi Johorian.hhahah

Nasi Ambeng!

Nasi Tomato & Nasi Kerabu :9


This sem juga aku tak balik DUA WEEKENDS kot! Poyo gila. Dua je pon. Kat SSP dulu 2 bulan tak balik, rileks je kan. Yalah, sekarang every week balik, bila tak balik 2 minggu tu terasa laa. Tak balik sebab exam. Berkorban bhai!

Tapi takda la terasa sangat tak balik sebab aku keluar outing. First time keluar outing sendiri kat CFS. Rasa macam kelakar pun ada.hahah First time la naik bas gi LRT nak gi Masjid Jamek. Tapi takda la pergi sorang-sorang. Mana la aku tahu nak naik bas yang mana, stesyen LRT yang mana. Kalau pergi sorang mahu sesat aku -.-' Fizah la yang menjadi tourguide aku. Yang aku tahu tempat shopping kat Jalan TAR tu je la.heheh

Bukan main ramai orang kat Masjid Jamek tu >.< Second weekend puasa masa tu. Semua orang pun berpusu-pusu nak beli baju raya. Kitorang ni saja-saja je nak shopping. Kat sana jumpa dengan Nabilah dan Pipah. Memang dah janji dah nak jumpa. Jumpa kat Semua House, then we all jalan-jalan. 

Gojes: Nabilah & Pipah

Roomies: Fizah & Tikah



That was a bit of my Ramadhan story :]
Salam Syawal everyone!
Maaf zahir & batin.
Wassalam :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...