Featured Post

4D3N Chiang Mai trip :)

السلام عليكم Below is the itinerary for our 4D3N Muslim family trip to Chiang Mai last May 2016. We had a private local driver/tour gu...

27 July 2012

Awak laa. Eh, awak laaa.

السلام عليكم


Pada suatu masa dahulu, ada sebuah kerajaan yang hidup aman dan damai.

Pemerintah negeri tersebut mendapat berita tentang musibah yang bakal melanda negeri mereka. Beliau pun mengarahkan penduduknya berkumpul di town hall.

"Wahai penduduk-penduduk yang saya hormati sekalian, kemarau akan melanda negeri kita. Oleh itu, saya menyarankan agar setiap keluarga agar mengisi sekurang-kurangnya secawan susu kambing ke dalam tempayan ini sebagai bekalan kita nanti".

Penduduk negeri itu pun isi lah tempayan itu.

Esoknya, pemerintah mengarah penduduk negeri itu untuk berkumpul sekali lagi di town hall. Pemerintah itu membuka tutup tempayan, mengambil secawan cecair yang telah ditakung lalu mencurahkannya ke lantai.

Yang telah dicurah hanyalah air kosong, bukan susu kambing. Terkejutlah penduduk-penduduk itu. 

Mereka pun mengaku bahawa mereka telah mengisi tempayan itu dengan air kosong. "Orang lain mesti isi dengan susu kambing, kalau aku isi dengan air kosong, tiada siapa yang tahu". Akhirnya, semua orang pun mengisi tempayan dengan air kosong kerana beranggapan bahawa si polan yang akan mengisinya dengan susu kambing.

Ibrahnya di sini, (ibrah=pengajaran) kita jangan terlalu berharap kepada orang lain. Kita sendiri yang harus menjalankan tanggungjawab kita. Walk the talk, and keep your words.

Based on tazkirah by ukti Aini Afifah. Syukran ya ukti :)

#tazkirahjumaat
Wassalam :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...