السلام عليكم
Pada hari ini, Perdana Menteri Malaysia akan mengishtiharkan bajet 2012. Pengumuman ini amat ditunggu-tunggu. Sebelum ini, apa saya kesah bajet itu macam mana. Janji saya belajar, skor dalam peperiksaan sudah. Tidak payah pening-pening kepala. Pening kena belajar sajalah.
Namun, sebenarnya bajet negara memainkan peranan yang amat penting. Kita dapat tahu harga barang naik atau tidak (agak mustahil untuk turun :P), sektor apakah yang akan lebih diberi bantuan kewangan dan sebagainya. Mungkin juga dapat tahu jika cukai 6% prabayar akan naik atau tidak.
Setelah memasuki alam universiti, saya lebih berhati-hati dalam berbelanja. Bukan wang yang diberi tidak mencukupi, tetapi takut wang dalam akaun itu habis. Oleh itu, sarapan minum secawan Milo. Tengah hari makan nasi berlauk tempe saja lah. Satu bungkus lebih kurang RM 1.80-RM 2.00. Malam, bihun sup RM 2.50. Satu hari saya memperuntukan hanya lebih kurang RM 5, walhal pelajar lain membelanjakan lebih kurang RM 10 sehari. Banyak bezanya.
Hal ini mungkin terjadi kerana di sekolah berasrama dulu, semua makanan disediakan. Dompet tidak pernah disentuh untuk mengeluarkan duit. Jika perlu pun, hanya untuk membayar yuran-yuran kelab dan langganan surat khabar dan majalah ilmiah.
Makan pun 5 kali sehari. Tidak cukup boleh minta tambah. Mengendeng dekat mak cik DM atau suruh saja Pengawas yang bertugas carikan lauk extra. Tom yam ke, ayam goreng ke, kacang tempe ke, buah tembikai ke. Kalau makan lewat malam (supper), mungkin ramai saja yang malas ke Dewan Makan. Rezeki kami. Sedulang nuget di bawa pulang ke hostel.
Makan 5 kali sehari pun boleh lapar. Ish, ish, ish. Baru sekarang rasa bersyukur.
Hmm, seronok juga menaip dalam bahasa Melayu. Lama juga rasanya saya tidak mengarang karangan BM; ayat skema XD
Hendak tahu sesuatu? Antara koleksi buku yang saya bawa ke CFS, UIAM ialah buku peribahasa, kamus bahasa Inggeris, dan 'Thesaurus'. Rakan-rakan gelakkan saya pabila saya mempamerkan buku-buku itu di rak.
"Hanie, kenapa you bawak buku peribahasa gi UIA?"
"Laa, nape? Tak bleh ke?"
"Hanie dear, kte tak blaja BM kat UIA."
" Ohh, yke? =____='"
Hahahaa. Itu sangat memalukan.
Saya suka belajar bahasa. Saya rindu kelas dengan Umi Sal. Beliaulah yang menolong kami untuk mengukuhkan tatabahasa kami. Jangan pandang rendah terhadap bahasa Melayu. Sungguh indah bila mempelajarinya.
Mungkin anda beranggapan:
"Alah Hanie th berpendidikan Inggeris. Cakap English macam budak A-Level. Tengok blog dye th. Asek-asek in English. Cakap BM pon ade slang Mat Saleh." *Keliru ini mengutuk atau memuji.heheh*
Ya. Ya. Saya akui. Entri blog saya selalu dalam bahasa Inggeris. Malah, saya telah mencabar diri saya untuk menulis entri dalam bahasa Inggeris yang lengkap. Alhamdulillah, saya telah berjaya mencipta rekod saya sendiri. Saya juga akui bahawa saya lebih suka membaca buku cerita Inggeris sebagai bacaan ringan dan membaca kamus bahasa Inggeris :P
Tidak semestinya
orang yang belajar bahasa asing
dan mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian tidak
mempunyai patriotisme dalam diri
kan?
Wassalam :)
No comments:
Post a Comment