Featured Post

4D3N Chiang Mai trip :)

السلام عليكم Below is the itinerary for our 4D3N Muslim family trip to Chiang Mai last May 2016. We had a private local driver/tour gu...

12 October 2011

Dato'

  السلام عليكم

Ya, mungkin ada tercetus di fikiran anda yang saya skandal dengan Dato' mana-mana. Ohh tidak.. Belum tiba masanya.heheh XD 

Seperti yang anda semua sedia maklum, saya sedang bekerja part-time di pejabat. Tugas saya memerlukan saya untuk membuat panggilan untuk mengesahkan kehadiran ahli-ahli alumni yang terpilih untuk menyertai program pada sabtu ini.

Saya merasa bangga kerana institusi ini telah berjaya melahirkan alumni yang berjaya dan berprofil tinggi. Saya amat beruntung kerana diberi peluang untuk menelefon mereka.

Mula-mula memang ada rasa gerun. Mana tidaknya, saya bakal bercakap dengan Dato'-dato' dan orang-orang besar. Tentu mereka ini sombong orangnya kan? TIDAK! Tidak sama sekali. Malah, mereka sangat merendah diri dan sopan. You expect them to be so highty-mighty and rude. No, they weren't!

Terkejut, memang terkejut :O 

Itu sebenarnya yang kita mahu. Biarlah berpangkat besar, tetapi merendah diri. Ikut resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk. Cewahh ;P

Sememangnya ini ialah satu pengalaman baru. Persekitaran saya yang baru ini juga memainkan peranan penting. Kita harus bijak menilai dan membuat perbandingan. 

Sabtu ini, saya bertugas lagi. Selepas itu mungkin ke Pesta buku: Big Bad Wolf Book Sale. Saya hendak borong buku!!! Mereka menjual buku-buku dengan harga yang AMAT MURAH; potongan hingga 70%. Peluang yang tidak harus disia-siakan (^.^)

Hari minggu saya baru-baru ini telah diisi dengan menghadiri Majlis Konvokesyen di UIAM. Saya akan pos entri tentangnya selepas ini. InsyaAllah. Banyak untuk saya kongsikan bersama ;)


They know what's GOOD for us,
We know BETTER,
Allah knows the BEST!
Wassalam :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...