Featured Post

4D3N Chiang Mai trip :)

السلام عليكم Below is the itinerary for our 4D3N Muslim family trip to Chiang Mai last May 2016. We had a private local driver/tour gu...

05 October 2011

Hari Pertama Bekerja :)

السلام عليكم

Semalam ialah hari pertama saya bekerja. Ini merupakan pengalaman baru bagi saya. Saya menjadi pekerja sambilan di pejabat ayah saya. Tidaklah susah seperti yang disangka-sangkakan. Tidak ada tugas khas untuk saya. Hanya tolong-tolong di sana-sini saja.

Tugas pertama saya ialah untuk membuat beberapa panggilan untuk mengesahkan kehadiran jemputan ke program yang bakal dijalankan pada minggu hadapan. Cuak juga lah dibuatnya. Sudahlah saya tidak tahu membuat panggilan ke luar daripada telefon pejabat. Tekan-tekan nombor dapat operator. Tekan lagi, operator lagi. Sampai benggang jugalah si Operator dibuat saya. Aduhh -.-' Mungkin kerana tidak diberi panduan dengan betul atau diri saya yang berat mulut untuk bertanya. Rupa-rupanya ada 'kod rahsia' untuk melakukannya. 

Terdapat satu senarai jemputan (lebih kurang 40 orang) yang harus saya sahkan kehadiran mereka. Saya telah terkesima apabila ditanya soalan-soalan oleh si penerima panggilan. Tiada pegawai yang lebih arif disekeliling saya. Terpaksalah berfikir sendiri dan membuat keputusan yang tepat pada masa itu juga. Harap-harap betullah. Muahahah XD

Oleh sebab terlalu banyak nama dan nombor, saya tersalah nama penerima panggilan.;

"Assalamualaikum. Saya Hanie Farhana dari pejabat @%$*&%$#. Boleh saya bercakap dengan Encik Mustapha?" 
"Ohh, betullah. Saya dari @%$*&%$#. Tapi itu bukan nama saya." 
"Haa? Oh ya? Maafkan saya. Encik Badrol kan?"

Encik Mustapha ialah nama di atas nama Encik Badrol. Saya tersalah pandang =___=

                                                            *Nama-nama itu ialah rekaan semata-mata ;)

Dalam masa yang singkat (2 hari), saya dapat belajar banyak benda baru. Yang paling penting, dalam apa sahaja yang kita lakukan; FOKUS amat penting. Itu sesuatu yang saya masih perlu tingkatkan. Malah, saya kadang-kadang senang lupa. Saya harus melatih diri saya untuk lebih mengingati sesuatu perkara yang mudah :)

Anda pelik?
Entri ini 
dalam Bahasa Melayu lengkap?
Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan,
mari kita
 memartabatkan Bahasa Melayu.
Bahasa Jiwa Bangsa!!!
Wassalam :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...