Featured Post

4D3N Chiang Mai trip :)

السلام عليكم Below is the itinerary for our 4D3N Muslim family trip to Chiang Mai last May 2016. We had a private local driver/tour gu...

26 May 2011

NUR KASIH the MOVIE

10/10. TRIPLE THUMBS UP. 

Sememangnya ini kali pertama saya menonton filem yang permulaan je dah sangat sedih. Memang cerita th sedih gle, tragis. Lebih dari sekali la saya nangis T-T. 

Seperti yang kita sedia maklum, isteri Aidil (Ayu Raudah) telah meninggal dunia meninggalkan seorang suami, Aidil (Fizz Fairuz) dan  dua orang anak yang masih kecil, Ilyas dan Mariam. Namun, menjadi tanda tanya bagaimanakah dia meninggal dunia.

Adam (Remy Ishak) dan Nur (Tiz Zaqyah) berasa amat gembira pabila setelah sekian lama, mereka mendapat khabar bahawa Nur sedang mengandung. Rasanya part yang paling klaka adalah semasa Adam cuba mengambil alih tempat isterinya, Nur sebagai suri rumah. Hidup memang penuh dengan ujian-Nya. Nur keguguran tatkala lepas solat berjemaah dengan Adam.

Untuk mengubat kesedihan dan mendekatkan lagi diri dengan yang Maha Esa, Adam dan Nur telah mengerjakan umrah dan meluangkan masa bersama di Jordan. Teringat dialog antara Nur dan Adam di dalam tren tatkala melihat keindahan alam,

Nur: Subhanallah, macam lukisan.
Adam: Lukisan Allah.

Sebelum menonton filem ini, saya mendengar ura-ura yang mengatakan bahawa Adam meninggal dunia dalam kisah itu. Setiap insan akan mati juga akhirnya. Tapi, bagaimana Adam kembali ke rahmatullah? Kena tembak dengan pemberontak? Terlibat dengan kemalangan jalan raya? Dek masalah jantung? Terjatuh dari tangga? Itu menjadi tanda tanya kepada saya. Rasanya seperti saya tidak ingin Adam terlepas peluang untuk melihat anak sulungnya, Ya, alhamdulillah Nur mengandung lagi.

Teringat satu soalan spontan oleh Mariam kepada Pak Su Adam. Memang klaka tapi lepas gelak terus bercucuran air mata.

Filem ini memang pengakhiran kepada siri drama Nur Kasih di TV3 yang menjadi telah fenomena di Malaysia. Memang hari Jumaat jam 9 malam selepas Buletin Utama, jutaan penonton terpacak di depan kaca televisyen. Sama juga dengan apa yang berlaku di sekolah, selepas solat Isya' berjemaah di surau. Terus berlari-lari anak menuju ke Rec Room. Kalau la terlepas mana-mana episod, mesti khatam balik kat tv3.com guna laptop. Pastu ade gaduh-gaduh sebab tak dapat turn guna laptop.HAHHAHAHA 

Tahniah kepada pengarah filem, Kabir Bhatia yang sememangnya hebat dengan cinematography dalam filem ini. Tahniah juga kepada pelakon-pelakon yang berjaya membawa watak masing-masing serta semua krew dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Syabas sekali lagi :D

Terfikir juga,  kan best kalau kat sekolah tak payah belajar guna novel. Tapi belajar menggunakan filem seperti Nur Kasih. Murid-murid dapat menvisualisasikan jalan cerita dan akan mengingati perwatakan dengan lebih senang. Tanpa ragu, filem Nur Kasih mempunyai banyak nilai murni dan pengajaran yang kepada setiap insan.

Best la korang. Pi tengok kat pawagam berdekatan anda.

P.S. Ada diselitkan beberapa babak satu tangan, milik wanita tua. Siapakah tuan empunya tangan itu? Jeng, jeng, jeng. Jangan biarkan diri anada diselubungi, misteriiii~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...