Featured Post

4D3N Chiang Mai trip :)

السلام عليكم Below is the itinerary for our 4D3N Muslim family trip to Chiang Mai last May 2016. We had a private local driver/tour gu...

22 December 2011

Wow! Duit baru!

السلام عليكم

Ya, pagi-pagi pergi ofis, front page of most of the newspapers: DUIT BARU. Duit baru ni InsyaAllah akan mula digunakan tahun depan. Ada duit RM 20, first time nampak. Duit syiling pon baru-baru, takda 1 sen taw.

Duit kertas baru


SUKAN TRADISIONAL; Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.



HIDUPAN LIAR; Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.



 FLORA: Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.


HIDUPAN LAUT: Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.



PERTANIAN DAN TEKNOLOGI: Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.


KEAJAIBAN ALAM SEMULA JADI: Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.



SULUR KACANG: Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. 








BUNGA MELUR: Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia.






ORANG ASLI MOTIF: Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional.






DESTAR SIGA: Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka.







Wah, gitu rupanya wang baru Malaysia. Warna-warni gitu. Nanti dalam purse mesti colourful dengan duit baru. Tapi kalau takda duit, habuk je la ada =___________='

#banggandengannegaramalaysia
Wassalam :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...