Featured Post

4D3N Chiang Mai trip :)

السلام عليكم Below is the itinerary for our 4D3N Muslim family trip to Chiang Mai last May 2016. We had a private local driver/tour gu...

12 February 2011

packing. tata~

Tatkala pameran F1 bru saje berakhir, sy agak binggung utk merancang tentang apa yg akan dilakukan selepas ini. Merehatkan lagi minda mungkin. Tinggal hanya sebulan lebih sebelum keputusan SPM 2010 akan diumumkan. Sy perlu menggunakan sisa-sisa masa ini sehabis baik.
Sedang sy asyik melayari laman social Facebook, sy telah menerima satu panggilan telefon daripada seseorg yg bernama Harith. Siapakah beliau? Beliau ialah salah seorg yg bertugas untuk mengendalikan Program Kepimpinan Tun Razak. Buat pengetahuan anda sy telah menghadiri temu duga program ini beberapa minggu yg lalu. Beberapa rakan sy yg turut menghadiri temu duga ini telah mendapat maklum balas bhw mereka telah berjaya pd minggu lalu. Namun, inbox sy masih kosong (tapi penuh dgn notifications fb). Sy beranggapan bhw sy tidak berjaya. Sy amat bersyukur krn tidak berjaya krn sekurang-kurangnya sy dpt menyambut ulang tahun kelahiran sy di samping ahli keluarga tercinta.
Rupa-rupanya, panggilan tersebut ialah untuk memberitahu sy bhw sy telah terpilih utk menyertai program ini yg akn berlangsung selama 2 minggu (20 Feb- 6 Mac) di KL dan penutup di Langkawi. Pihak tersebut juga telah mengemelkan kpd sy pd hri Isnin yg lalu, tetapi akibat kekangan waktu dan sibuk dgn pameran F1 sy tidak sempat utk membuka emel.
Akhir kata, sy telah terpilih. Kebarangkalian sy akan menyambut hari jadi sy di LANGKAWI. Sy tak pernah menyambutnya di luar KL atau Selangor, ini bakal menjadi kali pertama. Pihak penganjur juga telah menasihatkan kami utk membawa pakaian tidak melebihi 13 kg? Ayat yg sering kedgrn di lapangan terbang bkan? Kami mengagak bhw kami akn ke Langkawi menaiki kapal terbang, tapi xtaw la. Hanya tinggal seminggu saje lagi sblum sy berangkat. Gotta start packing, chiaow!

packing for 2WEEKS!!! dis gonna be hard.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...